Ahad, 12 Jun 2011

Sesi Percambahan Minda: 10 Perkara Sebagai Pendokong Menjayakan "Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera & Berkebajikan"

Assalammualaikum Wrt. Wbt. dan Salam Sejahtera Semua!

Seusai menunaikan solat Zohor tadi,penulis mendapat ilham dan idea yang melimpah-ruah. Penulis berkongsi pandangan sesama sahabat dan sebagai mukadimah, penulis mencatatkan 10 perkara sebagai pendokong kepada kejayaan bersama merealisasikan "Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan" seperti berikut:

1. Sikap Individu & Masyarakat
2. Dasar & Polisi Kerajaan Negeri
3. Urus-Tadbir Tayyib
4. Pendidikan & Pembangunan Insan
5. Pembangunan Infrastruktur
6. Pembangunan Teknologi Hijau
7. Pembangunan ICT
8. Isu-Isu Sosial
9. Kesihatan & Kebajikan
10. Lestari


Alhamdulillah,

Bengkel Pembangunan Blog & Pertandingan Blog Kreatif Selangor yang mengujakan!

Assalammualaikum Wrt. Wbt. dan Selamat Sejahtera Buat Semua Pembaca!

Hari ini penulis berkesempatan mengikuti Bengkel Pembangunan Blog anjuran Pejabat Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor dan UNISEL  bertempat di kampus UNISEL, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tahniah! dan syabas diucapkan kepada pihak penganjur! Moga usaha memandaikan ummah ini mendapat keredhaanNya.

Jujur, ini adalah usaha julung kali penulis untuk memasuki pertandingan membina blog dengan pengetahuan yang sangat asas untuk membina blog. Moga perkongsian ilmu dan bimbingan dari  bengkel ini  mampu  melonjakkan lagi kemahiran saya untuk dimanfaatkan demi kebaikan bersama (terima kasih kepada Cikgu Su@Izwan Isme yang telah menjadi sifu kami di dalam bengkel ini..)

Untuk memastikan keterujaan penulis untuk bergerak sebagai 'blogger' secara konsisten, maka penulis bertekad untuk mendaftarkan diri di dalam Pertandingan Blog Kreatif Selangor pada hari ini.(Sila layari http://selangoridamanku.com/competition ) . Mengambil ibrah dari pepatah "sambil menyelam, minum air", penulis berharap dapat meningkatkan kemahiran sebagai 'blogger' menggunakan  gaya penulisan Bahasa Melayu Tinggi dan dapat berkongsi ilmu di http://selangorlestari.blogspot.com.! . Bimbingan dan komentar dari semua pembaca amat dialu-alukan untuk penulis yang masih bertatih di dalam bidang ini sebagai wasilah dakwah kepada diri dan masyarakat.

Selamat Maju Jaya Kepada Semua Peserta Bengkel Pembangunan Blog dan Juga Buat Peserta Pertandingan Blog Kreatif Selangor!

Salam hormat dari:
Blogger
http://selangorlestari.blogspot.com
Bangi Bandar Ilmu
Selangor Darul Ehsan